spot_img
HomeJenayahPolis Marin Kota kinabalu rampas minuman keras bernilai RM39, 000

Polis Marin Kota kinabalu rampas minuman keras bernilai RM39, 000

KOTA KINABALU: Polis Marin Kota Kinabalu berjaya mematahkan aktiviti cubaan menyeludup Minuman keras tidak bercukai di kawasan Papar Lama menuju ke Penampang sekitar jam 9 malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata Polis Marin Kota Kinabalu telah membuat pemerhatian di kawasan tersebut dan mengekori sebuah kenderaan yang disyaki mencurigakan.

Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaan tersebut, Polis Marin menjumpai beberapa plastik hitam yang berisi minuman keras dan dipercayai tidak bercukai.

“Nilai rampasan minuman keras termasuk kenderaan tersebut dianggarkan berjumlah RM39,000.00,” katanya.

“Rampasan turut dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.” Tambahnya lagi.

Oleh itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular