spot_img
HomeSemasaKuarantin mandatori dikenakan, elak penularan COVID-19 di Sabah

Kuarantin mandatori dikenakan, elak penularan COVID-19 di Sabah

KOTA KINABALU: Catatan kes COVID-19 di Sabah kekal stabil walaupun terdapat pertambahan sebanyak 17 kes berbanding jumlah kelmarin iaitu 125 kes.

Menurut Datuk Masidi Manjun, kumpulan daerah “Empat Serangkai” berada di posisi empat daerah teratas yang mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi di Sabah. Tuaran 23 kes (+7), Kota Kinabalu 23 kes (+9), Kota Belud 19 kes (+13) dan Ranau 8 kes (-18).

“Hanya tiga daerah di Sabah yang masih mencatat kes harian dua angka, iaitu Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Tidak ada kes baharu di lapan daerah.

Datuk Masidi Manjun berkata, mulai hari ini 28 Disember 2021 semua pengembara (travellers) yang datang daripada negara-negara tertentu melalui penerbangan antarabangsa dan berhasrat ke Sabah atau dalam perjalanan balik ke Sabah akan melalui kuarantin mandatori tujuh hari di Kuala Lumpur sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Sabah.

“Senarai negara-negara yang yang terlibat dengan peraturan terbaru ini telah pun diumumkan dan rakyat dari negara asing yang tidak memiliki pengecualian khas memasuki Sabah. Mereka juga perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri (Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan) untuk masuk ke negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 125 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 239,715 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu satu (1) di daerah Tenom dan satu (1) kes lagi di Tawau.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 296 (termasuk yang discaj dari hospital atau PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 232,589 orang.

Manakala 671 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 364 orang di hospital, 305 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 35 orang merangkumi 33 di ICU atau repurposed kritikal care serta dua di open ward (HDW atau kubikel akut) dan 10 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 22 (26.83%).

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Permahan berkata, seramai 121 orang daripada 125 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit baharu dalam Kategori 5. Kes yang melibatkan seorang pesakit lagi masih dalam penilaian JKNS.

“Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (46) kes daripada Saringan kontak rapat terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Masidi membuat kesimpulan bahawa terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular