KOTA KINABALU: Peningkatan 5 kes COVID-19 pada 31 Disember 2021 telah menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 231 kes.
Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 60 kes, pertambahan 14 kes berbanding semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, faktor penyebab kepada berlakunya peningkatan kes mendadak di Kota Kinabalu, disebabkan terdapat 25 kes baharu yang melibatkan Kluster Bahtera Kinabalu.
Selain daripada kes daripada Kluster, sebanyak 18 kes berpunca daripada Kes Bergejala, 11 kes daripada Saringan Kontak Rapat dan enam kes lagi daripada lain-lain saringan.
“Daripada 27 daerah merekodkan penambahan jumlah kes harian, dimana tujuh daerah mencatatkan kes dua angka, 14 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan enam daerah tidak mencatat sebarang kes baharu.
Kesemua daerah mencatatkan perubahan angka yang tidak statik kecuali daerah-daerah yang konsisten dengan catatan sifar kes seperti Kunak, Kalabakan dan Nabawan.
“Seramai 226 orang daripada 231 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5. Kes yang melibatkan dua orang pesakit lagi masih dalam penilaian JKNS,” katanya dalam satu kenyataan media.
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 231 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 240,532 kes. Satu kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Putatan.
“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 142 (termasuk yang discaj dari hospital atau PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 233,540 orang. Manakala 629 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 332 orang di hospital, 295 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, satu orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara dan satu orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 36 orang merangkumi 31 di ICU atau repurposed kritikal care serta lima di open ward (HDW atau kubikel akut) dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empatdan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 18 (24.32%).
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 100 kes daripada Saringan Kontak Rapat.
Masidi membuat kesimpulan bahawa terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.