spot_img
HomeSemasaBanjir Sabah: Jumlah mangsa banjir meningkat

Banjir Sabah: Jumlah mangsa banjir meningkat

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan peningkatan membabitkan 3,365 mangsa banjir daripada 1,331 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan ke ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sebanyak 20 orang, berbanding 3,365 orang yang dilaporkan semalam.

“3,365 mangsa itu terdiri daripada 1,331 keluarga yang dipindahkan ke 30 PPS yang dibuka di enam daerah dilanda banjir”

“Daerah Kota Marudu masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi yang kekal seperti semalam iaitu 2,659 mangsa yang terdiri daripada 1,115 keluarga yang dipindahkan ke 14 PPS”

Daerah-daerah lain juga mencatatkan bilangan mangsa yang kekal seperti semalam, kecuali Telupid yang menunjukkan sedikit penurunan.

Manakala mangsa yang terjejas banjir di Pitas direkodkan 307 orang terdiri daripada 127 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS. Sedangkan Telupid, mangsa bertambah kepada 216 orang yang terdiri daripada 49 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS.

Sementara itu, di Paitan, mangsa terjejas banjir menurun kepada 99 orang terdiri daripada 23 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS.

Di Beluran pula, seramai 38 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS manakala, di Sandakan, 46 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah PPS. -Utusan Online

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular