PETALING JAYA : Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin menjawab isu berkaitan elaun sebanyak RM800 yg dinyatakan Rayzam Shah sebelum ini.
Jefri berkata dan mengakui elaun terkini yang diperkenalkan adalah RM2,000 untuk pemenang pingat emas, manakala perak dan gangsa akan menerima RM800 seperti yang diputuskan.
“Ini kerana MSN mahu bersikap lebih adil kepada atlet yang bekerja keras untuk memenangi pingat emas,” tambahnya.
Selain itu, mengenai Rayzam Shah Wan Sofian,Jefri menyatakan, selain elaun RM800 yang diberi MSN, atlet itu kini berkhidmat bersama Lembaga Sukan Negeri Sabah sebagai kakitangan am rendah yang menerima gaji sebanyak RM2,700 sebulan.
“Rayzam turut diberi peranan selaku jurulatih olahraga bersama Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah dan dia menerima elaun untuk tugasnya itu,” tambahnya.
Jefri berkata elaun yang diperkenalkan sekarang adalah berdasarkan penilaian prestasi semasa para atlet.
“Kita juga mahu bersikap lebih adil. Sebelum ini, semua mendapat RM2,000 tidak kira atlet itu menang emas, perak atau gangsa,” tambahnya.
“Namun kini,kita mahu atlet berusaha lebih keras dan menjadi satu dorongan mereka mendapatkan emas agar layak menikmati elaun RM2,000 itu,” tambahnya lagi.- Utusan Online


