spot_img
HomeSosiobudayaLima singa baharu diperkenalkan, sambutan Tahun baharu Cina - CMAA

Lima singa baharu diperkenalkan, sambutan Tahun baharu Cina – CMAA

KUCHING: Pengerusi Persatuan Seni Mempertahankan Diri Cina (CMAA) Chester Lim telah memperkenalkan lima singa baharu untuk Sambutan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Chester memperkenalkan singa baharu semasa majlis eye dotting berlangsung di Kuil Tua Pek Kong pada 9 Januri 2022 lalu.

Tarian Singa sememangnya tidak asing bagi masyarakat di Malaysia bagi Perayaan Tahun Baharu Cina. Suasana menjadi suram sekiranya tiada persembahan tarian tradisi ini.

Dalam majlis itu, Chester Lim telah memperkenalkan singa yang bermodelkan eksklusif dengan rekaan dan kemasan tradisional.

“Setiap singa mempunyai warna yang mewakili pelbagai pahlawan dari era Tiga Kerajaan terutamanya iaitu Liu Bei (warna pelangi), Guan Yu (merah), Zhang Fei (hitam) dan mempunyai beberapa ciri iaitu persaudaraan,kehormatan, keberanian,keadilan kebajikan,kesetiaan dan kebenaran yang berkaitan dengan mereka,” katanya.

“Sejak pertubuhan MCAA iaitu pada 1974, mereka akan memperkenalkan singa baharu setiap kali perayaan TBC,” tambahnya lagi.

Majlis ‘eye dotting’ turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Dikesempatan itu, beliau meningatkan kepada masyarakat untuk sentiasa mematuhi prosuder operasi standard (SOP).

Memandangkan Tahun Baru Cina akan diraihkan pada 1 Februari depan, amat penting bagi kita untuk sentiasa menjaga kebersihan diri demi kepentingan diri dan juga orang di sekeliling kita.

Yuli Almira Binti Crostoffer

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular