spot_img
HomeSemasaSijil vaksinasi palsu, sepasang suami isteri ditahan

Sijil vaksinasi palsu, sepasang suami isteri ditahan

MELAKA: Sepasang suami isteri yang merupakan penjawat awam di Alor Gajah ditahan kerana memiliki sijil vaksinasi COVID-19 palsu dalam aplikasi MySejahtera.

Individu yang turut ditahan merupakan seorang lelaki berusia 58 tahun bekerja di jabatan sama dan dipercayai menjadi orang tengah pasangan itu memperoleh sijil vaksinasi palsu bagi dua dos vaksin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata penipuan ini berjaya dikesan selepas mereka mengemukakan sijil vaksin lengkap dua dos itu kepada ketua jabatannya sebagai syarat untuk menerima bonus tahunan.

Aplikasi MySejahtera mereka yang berstatus vaksin lengkap dua dos itu dicurigai palsu, menyebabkan pihak atasan membuat laporan susulan kepada Klinik Kesihatan Rembia bagi menyemak status vaksinasi pasangan berkenaan pada 31 Disember lalu.

“Maklum balas daripada klinik berkenaan mengesahkan pasangan suami isteri itu tidak pernah menerima apa-apa vaksin, sekali gus membuktikan mereka menipu pihak jabatan dalam memalsukan dokumen dalam aplikasi MySejahtera mengenai penerimaan vaksin lengkap dua dos,” jelas Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Arshad berkata, pasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menahan pasangan suami isteri terbabit dan orang tengah yang terlibat dalam pemalsuan berkenaan.

“Daripada siasatan awal pihak polis, pasangan itu mengaku membeli dan memuat turun sijil vaksin palsu melalui orang tengah dengan harga RM500 setiap seorang.

Hasil soal siasat juga mendapati orang tengah berkenaan mendapatkan aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu itu daripada seorang suspek yang masih bebas.

Dengan itu, pihak polis masih mengerahkan tenaga untuk memburu suspek yang dikatakan masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular