spot_img
HomeSemasaPolis Marin Tawau menahan lelaki, seludup rokok tidak bercukai

Polis Marin Tawau menahan lelaki, seludup rokok tidak bercukai

TAWAU: Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menahan seorang lelaki berumur lingkungan 33 tahun kerana melakukan penyeludupan rokok tidak bercukai. Pihak polis mempercayai bahawa rokok tersebut dibawa masuk melalui negara jiran di kawasan Kampung Jawa, Tawau, semalam.

Menurut Ridzauddin Selamat, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, pasukan polis marin telah membuat pemantauan terhadap seorang lelaki yang mencurigakan ketika dia sedang memindahkan beberapa buah kotak berisi rokok ke dalam sebuah kenderaan.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, kami menjumpai beberapa buah kotak berisi rokok tidak bercukai dan nilai keseluruhan rokok yang dijumpai hasil rampasan adalah sebanyak RM130,684.64.

“Saspek bersama barang rampasan termasuk kenderaan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular