TAWAU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau membawa turun seorang lelaki yang meninggal dunia di Bukit Pancang, semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejauh 14 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.50 petang.
“Bagi mengesan mangsa yang dilaporkan pengsan, pasukan bomba dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjalan kaki sejauh 3 kilometer,” katanya.
Dalam pada itu, usaha menurunkan mayat mangsa menggunakan stretcher mengambil masa selama 4 jam kira-kira jam 10.50 malam.
Jelas beliau, mangsa yang dikenali sebagai Shang Yun Fui, 43, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
Susulan itu, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan bagi tujuan bedah siasat serta operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11 malam.