BANGKOK: Thailand merekodkan kes kematian pertama melibatkan pesakit yang disahkan positif COVID-19 varian Omicron.
Menurut laporan yang diterima dari pejabat kesihatan di wilayah selatan Songkla, seorang wanita berusia 86 tahun berasal dari Hatyai, Songkhla yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech telah meninggal dunia akibat jangkiat varian Omicron pada 12 Januari.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Thailand, Rungrueng Kitphati berkata, pesakit Alzheheimer tersebut sudah lama terlantar setelah dipercayai dijangkiti varian Omicron melalui cucunya.
“Wanita tersebut telah disahkan positif varian Omicron melalui analisis tambahan yang dilakukan di makmal.
Sebelumnya, kes pertama membabitkan varian Omicron telah dikesan bulan lalu dan sehingga kini, negara tersebut telah merekodkan lebih 10,000 kes varian Omicron.
Thailand kini mencatatkan 8,077 kes jangkitan dan sembilan kematian baharu direkodkan sejak 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,324,485 kes dan 21,925 kematian direkodkan setakat ini. – Berita Harian