spot_img
HomeSemasaPelajar SK Mangkapon dapat bot baharu, beri keselesaan ke sekolah

Pelajar SK Mangkapon dapat bot baharu, beri keselesaan ke sekolah

Pitas: Keselamatan 29 murid dari Kg Pituru Timbang Taun yang pernah tular bersesak menaiki bot kecil tanpa jaket keselamatan kini terjamin dengan penyediaan peruntukkan sesuai kelengkapan bagi kegunaan pengangkutan mereka ke sekolah.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Harun Durabi, berkesempatan membuat lawatan ke Kg Pituru Timbang Taun, mengadakan perjumpaan ringkas bersama AJK PIBG SK Mangkapon bagi membincangkan permasalahan serta keperluan pelajar di sekolah berkenaan.

Menurutnya, usaha yang lebih gigih perlu dilakukan untuk menghapus persepsi negatif mengenai keadaan luar bandar yang lazimnya dilabel sebagai mundur.

“Bantuan kemudahan yang setara antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana prestasi akademik pelajar luar bandar kini lebih baik.”

“Peruntukan telah pun disediakan bagi membeli bot yang lebih besar dari sebelum ini bagi menjamin keselamatan 29 orang murid di kampung berkenaan” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial, 20 murid dari Kampung Pituru, Timbang Taun, Pitas bersesak dalam sebuah bot tanpa memakai jaket keselamatan untuk ke sekolah.

Insiden itu menimbulkan pelbagai reaksi serta persepsi dari masyarakat luar terhadap tahap infrastruktur terutamanya dari aspek kemudahan pengangkutan bagi pelajar di kampung berkenaan.

Sementara itu, tambah Harun, beliau turut menyerahkan jaket keselamatan dari Pejabat Daerah Pitas serta menyampaikan sedikit sumbangan dana kepada pihak PIBG sekolah tersebut.

“Semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu.” Tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular