spot_img
HomePolitikDua ADUN DAP Sabah umum keluar parti

Dua ADUN DAP Sabah umum keluar parti

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta seorang bekas senator mewakili DAP Sabah mengumumkan keluar parti semalam.

ADUN yang terlibat ialah ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin,ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun dan seorang bekas senator iaitu Adrian Lasimbang.

Menurut mereka, tindakan itu antara lain disebabkan kegagalan DAP Sabah melaksanakan perjuangan membela nasib rakyat Sabah.

“Kami memulakan kerjaya politik demi berjuang untuk Sabah, termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur lebih baik, malah paling penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama,” katanya.

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah,” jelas mereka.

Selain itu, mereka turut menyatakan kekecewaan terhadap kepemimpinan DAP Sabah di bawah Pengerusinya, Datuk Frankie Poon Ming Foon yang didakwa kurang menunjukkan kepercayaan dalam jawatankuasa negeri.

Mereka juga mendakwa parti itu sudah hilang arah selain mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi teruk di antara pemimpinnya.

“Dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Susulan tindakan dua ADUN tersebut, DAP Sabah kini hanya mempunyai empat ADUN iaitu Frankie (Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Tan Lee Fatt (Likas).

DAP Sabah juga menjadi parti pembangkang kedua yang kehilangan ADUN selepas Parti Warisan Sabah (WARISAN) berikutan tindakan mereka keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti.- BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular