spot_img
HomeUncategorizedAkta KWSP benarkan pengeluaran bagi kelangsungan hidup rakyat

Akta KWSP benarkan pengeluaran bagi kelangsungan hidup rakyat

PETALING JAYA: Berikutan masalah yang dihadapi rakyat sepanjang pandemik COVID-19, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan harian orang ramai untuk kelangsungan hidup.

Ketua Pemuda UMNO, Dato Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Akta KWSP di bawah Seksyen 54 membenarkan pengeluaran untuk penuhi keperluan dan keberterusan hidup apatah lagi bagi mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Ramai yang sedang berhadapan dengan hutang keliling pinggang sehingga terpaksa dihalau dari rumah akibat tidak dapat membayar rumah sewa, motor serta insurans kereta.

“Ramai yang hilang punca pendapatan, pekerjaan akibat pandemik. Tidak semua memperoleh bantuan kerajaan dan sekiranya dapat, ia masih tidak mencukupi.” Tambahnya lagi.

Jelasnya, rakyat menuntut wang simpanan mereka sendiri hari ini, bukan untuk suka-suka melainkan atas sebab kelangsungan hidup mereka.

Menurut beliau, dengan mengambil hal-hal kecil yang menjadi kemudaratan, ia akan dapat mencegah perkara yang lebih utama iaitu mengelakkan rakyat menghadapi kemudaratan yang besar. KWSP membenarkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan hari tua demi kelangsungan hari ini.

“Terdapat 6.86 juta pencarum yang mempunyai wang simpanan KWSP melebihi RM10 000 bahkan mencecah sehingga ratusan ribu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular