spot_img
HomeSemasa5 kluster pendidikan di Sabah dalam tempoh seminggu

5 kluster pendidikan di Sabah dalam tempoh seminggu

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster COVID-19 yang melibatkan jangkitan institusi pendidikan dilaporkan di Sabah hari ini, mencatatkan kelima kalinya kluster melibatkan institusi pendidikan yang dilaporkan sejak Ahad lalu.

Kluster yang dinamakan Kluster Jalan Bypass Kologon ini dilaporkan membabitkan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang, Ranau.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster baru ini tercetus selepas seorang pelajar asrama perempuan disahkan positif COVID-19, sebelum enam lagi rakan sebiliknya disahkan positif.

“Indeks kes adalah seorang pelajar asrama perempuan SMK Kundasang yang berumur 16 tahun. Dia mula bergejala pada 17 January 2022, sebelum melakukan ujian kendiri dan disahkan positif melalui saringan PCR.

Menurut Masidi Manjun, saringan ke atas kontak rapat membabitkan 70 orang yang telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mendapati seramai enam lagi pelajar rakan sebilik kes indeks didapati positif, menjadikan tujuah kes keseluruhan setakat ini.

“Bagaimanapun, kesemua pesakit masih berada dalam Kategori 1 dan 2. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Susulan itu, laporan menunjukkan kluster berkenaan adalah yang kelima berkaitan jangkitan dalam institusi pendidikan yang dilaporkan di seluruh negeri sejak Ahad lalu.

Kelmarin, Kluster Pandan-Pandan yang membabitkan kakitangan dan pelajar sebuah madrasah dilaporkan di Putatan, manakala sebelum itu jangkitan membabitkan pelajar asrama dalam Kluster Jalan Pertukangan, Sandakan, dilaporkan pada hari Rabu, Kluster Puri, Ranau (Selasa) dan Kluster Jalan Kepayan Lama, Tambunan (Ahad).

Menurut Masidi juga, jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah telah Kembali meningkat kepada 218 kes hari ini, berbanding 176 kes yang dilaporkan semalam.

“Sembilan daerah mencatatkan kes dua angka hari ini dengan daerah Tuaran mendahului jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 37 kes, diikuti dengan Kota Kinabalu (34 kes), Sandakan (21 kes), Penampang (19 kes) dan Putatan (17 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular