KOTA KINABALU: Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan N22 Tanjung Aru mengadakan Program Mesra Rakyat di sekitar pekan Tanjung Aru dan Sembulan, hari ini.
Program mesra rakyat ini melibatkan akvititi pengagihan limau mandarin kepada masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan.
“Menerusi program sedemikian, kita mengeratkan lagi keakraban bersama masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini,” katanya.
Menurut Reduan Aklee, kelebihan terbesar masyarakat di Sabah adalah mampu hidup berbilang kaum dan bangsa, bebas bergaul tanpa mengira perbezaan kaum mahupun agama.
Sementara itu, beliau turut menasihati masyarakat setempat agar sentiasa berhati-hati dan kekal menjaga SOP,untuk mengelakkan berlakunya penularan COVID-19 ketika menyambut Tahun Baru Cina nanti.
“Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Saya berharap semua dapat bergembira bersama keluarga”
“SOP perlulah terus dijaga demi membendung penularan COVID-19 di samping mencegah kenaikan kes COVID-19 sewaktu sambutan Tahun Baru Cina nanti”
“Bagi yang akan balik ke kampung halaman, hati-hati memandu di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju,” katanya kepada pemberita, hari ini.