spot_img
HomeSemasaSuami isteri hilang dua hari lalu, ditemui di tanah perkuburan

Suami isteri hilang dua hari lalu, ditemui di tanah perkuburan

Beaufort: Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selama dua hari, ditemukan selamat oleh orang awam di tanah perkuburan Kampung Pimping, pada pukul 7.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu yang menemui pasangan suami isteri terbabit.

Lokasi mangsa, Amir Hamjah Abdul Kahfi, 43, dan isterinya Rita Hijiyah Mohd Syuaib, 43, itu ditemui mempunyai jarak kira-kira 10 kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

“Pasangan terbabit dipercayai tersesat ketika meninjau kawasan tanah yang hendak dibeli, di Kampung Ulu Binsulok, sebelum ditemui di tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut,” kata Yusoff Zaki.

Tambahnya lagi, “kedua-dua mereka, kemudian dihantar ke Pondok Polis Komuniti (PPK) Binsulok untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu dilaporkan hilang, selepas pergi melihat tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsuluk, Membakut, di sini, sabtu lalu.

Mangsa dikatakan telah keluar dari rumah mereka yang terletak di Kampung Sabok Baru, Kinarut, kira-kira pukul 9 pagi.

Selepas itu, pasangan berkenaan tidak pulang semula di rumah selama dua hari. Telefon bimbit pasangan itu juga turut gagal dihubungi.

Berikutan itu, anak kepada pasangan terbabit membuat laporan tentang kehilangan ibu bapanya di Balai Polis Membakut, pada pukul 11 pagi, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular