spot_img
HomeJenayahPolis Marin tahan 7 PATI, cubaan seludup barangan kosmetik tanpa kelulusan dipatahkan

Polis Marin tahan 7 PATI, cubaan seludup barangan kosmetik tanpa kelulusan dipatahkan

TAWAU: Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya menahan 7 orang PATI warganegara Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor di Tawau, hari ini.

Seramai 7 orang pendatang asing, terdiri daripada 4 lelaki dewasa, 1 wanita dewasa, dan 1 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur antara 9 hingga 46 tahun telah ditahan dalam serbuan yang dilakukan di rumah berkenaan.

Kesemua tahanan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mengaku baru tiba daripada Indonesia.

Pada masa yang sama, PPM turut menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot laju yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan dari arah Pelabuhan menuju ke Sungai Aji Kuning.

Pemeriksaan lanjut telah mendapati beberapa kotak dan karung berisi alat kosmetik pelbagai jenama yang tidak mempunyai kelulusan dari KKM telah dirampas.

Nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan mencecah sehingga RM7,143.00.

Pegawai Pemerintah MO PPM Tawau Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, kedua-dua tangkapan akan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 18A (1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat khususnya masyarakat maritim untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kegiatan jenayah melalui aplikasi Whatsapp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor 013-9391197 atau terus berhubung ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular