spot_img
HomeSemasaLelaki hilang di sungai Lingkabau, ditemukan lemas

Lelaki hilang di sungai Lingkabau, ditemukan lemas

BELURAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa keluar membeli barang keperluan dapur akhirnya ditemukan di Sungai Lingkabau, Kampung Panindakan Sugut, semalam.

kira-kira jam 11.35 pagi, semalam, mayat mangsa ditemukan, iaitu 500 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selepas pihak bomba menerima laporan berhubung kehilangan mangsa, kelmarin.

Pihak bomba menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian bermula kelmarin dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang, semalam.

Terdahulu, seorang lelaki, berusia 69 tahun telah dilaporkan tidak pulang ke rumah, setelah keluar dari rumah untuk pergi Kampung Salan dengan menaiki perahunya, bertujuan untuk membeli barang keperluan rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular