spot_img
HomeSemasaMangsa banjir di Sabah terus meningkat

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat

PITAS: Jumlah mangsa banjir di Pitas terus meningkat kepada 386 orang daripada 117 keluarga, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah berkata, satu lagi pusat pemindahan banjir (PPS) akan dibuka menjadikan empat PPS di Pitas.

PPS terbaharu ialah di Dewan Kampung Sinukab, menempatkan 73 mangsa daripada 21 keluarga, manakala tiga lagi PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II dengan 108 mangsa daripada 41 keluarga. Manakala, Dewan SK Rukom menempatkan seramai 132 mangsa daripada 35 keluarga diikuti dengan Dewan Kampung Kusilad, 73 mangsa daripada 20 keluarga.

Dalam pada itu, kesemua PPS itu diaktifkan untuk menempatkan penduduk dari lapan kampung di Pitas yang ditenggelami air berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Kampung tersebut ialah Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu, Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang dan Kampung Kanibongan.

Walau bagaimanapun, pihak bertanggungjawab akan sentiasa memantau keadaan banjir dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular