spot_img
HomeSemasa150 Ketua Isi Rumah terima bantuan, di DUN Lumadan

150 Ketua Isi Rumah terima bantuan, di DUN Lumadan

BEAUFORT: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Seramai 150 Ketua Isi Rumah (KIR) yang dikenakan perintah tempoh kuarantin, menerima bantuan bakul makanan, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam berkata, mereka berharap dengan pemberian bantuan tersebut, dapat membantu penduduk mendapatkan bekalan makanan ekoran aktiviti harian terpaksa dihadkan.

”Sejak lima hari ini, kadar jangkitan wabak COVID-19 terus meningkat, di seluruh Sabah.

“Kawasan Lumadan juga turut mengalami nasib yang sama, kadar jangkitan terus berlaku sehingga lapan kampung terpaksa dikenakan perintah kuarantin,” katanya.

Kampung yang terlibat antaranya terdiri daripada Kampung Laut Weston, Kampung Ulu Weston, Kampung Manangoh Weston, Kampung Lubok, Kampung Lingkungan, Kampung Lingkungan Tangah, Kampung Maraba dan Kampung Laboi Maraba.

Tambahnya, mereka sangat prihatin dengan nasib penduduk di sana dan terpanggil untuk menyalurkan bantuan tersebut bagi meringankan beban penduduk terutamanya di kawasan pendalaman.

Beliau turut berharap agar penduduk di sana terus bersabar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan supaya jangkitan atau penularan wabak tidak terus berlaku.

Selain Itu, beliau menasihati agar penduduk yang tinggal di kawasan Lumadan, sentiasa berwaspada bagi mengelak dari jangkitan wabak Omicron yang cepat merebak.

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, kes jangkitan COVID-19 bagi daerah Beaufort terus meningkat dan kelmarin sahaja sebanyak 136 kes.

Terdahulu, penyerahan bantuan tersebut diwakili oleh Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM), Diuslin Agostin @ Alin. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular