spot_img
HomeSemasaLelaki bakar diri dalam kereta, kecewa teman wanita ada kekasih baharu

Lelaki bakar diri dalam kereta, kecewa teman wanita ada kekasih baharu

Kangar: Seorang lelaki yang kecewa dengan teman wanitanya yang mempunyai kekasih baharu dipercayai bertindak membakar diri dalam keretanya dalam kejadian di Kampung Syed Omar, Bintong, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa yang berusia 28 tahun itu juga dilaporkan melecur 96 peratus pada bahagian badannya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di atas jambatan Kampung Syed Omar dan mangsa merupakan seorang pemilik kedai aksesori kenderaan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan pada 8.49 malam daripada pekerja kilang papan berusia 38 tahun yang memaklumkan terdapat kereta terbakar serta seorang lelaki di dalam kenderaan berkenaan.

“Saksi tersebut tersebut kemudian keluar dari kereta dan cuba menenangkan mangsa sebelum menghubungi pihak polis, bomba dan ambulans,”

Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan tidak lama kemudian sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tengku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan seorang pesakit luar Jabatan Psiakitri HTF dan mempunyai rekod beberapa kali cubaan membunuh diri termasuk mengelar tangan pada Januari lalu dan meminum racun tikus sehari sebelum kejadian.

Dalam perkembangan sama, Wari memberitahu, mangsa berada dalam keadaan kritikal dan diberikan bantuan pernafasan di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF selepas melecur 96 peratus anggota badan.

Dilaporkan bapa mangsa turut memaklumkan polis bahawa anaknya meminum petrol pada 8.45 malam sebelum keluar rumah menaiki keretanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar kerana curiga mangsa (anaknya) cuba membunuh diri sekali lagi.

“Apabila sampai di balai polis, pihak polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar.

“Bapa mangsa kemudian pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan kereta yang terbakar adalah milik mangsa,” katanya.

Katanya, pihak Forensik Bomba dan Penyelamat Perlis akan hadir melawat tempat kejadian bagi mengesan punca kebakaran.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular