KOTA KINABALU: Kadar pengangguran telah meningkat daripada 5.8 peratus pada 2019 kepada 8 peratus pada 2020, diikuti 9 peratus menjelang suku keempat 2021.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yakub Khan berkata, kadar pengangguran itu amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian.
“Kementerian serta agensi di peringkat persekutuan dan negeri sedang berusaha bagi melaksanakan program untuk mengurangkan kadar itu,” katanya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri, kelmarin.
Seramai 110,038 pencari kerja aktif dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mendaftar menerusi portal MyFutureJobs.
Sehingga 22 Mac, sebanyak 43,229 kekosongan telah ditawarkan melalui portal tersebut dan penempatan kerja antara 2021. Manakala bagi Februari 2022 adalah sebanyak 8,684.
Tambah beliau, Karnival Kerjaya OKU membabitkan orang kurang upaya pendengaran dan lain-lain telah berjaya menghasilkan penempatan kerja seramai 16 orang antara tahun 2021 hingga akhir tahun 2021.