KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan individu berusia 17 tahun tiada dos penggalak dan dos penggalak kedua atau dos keempat.
KKM menegaskan menjadi dasar kementerian buat masa ini menyarankan agar individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sahaja yang menggambil dos penggalak.
KKM juga menggesa remaja yang berusia 17 tahun dan individu dewasa yang telah mendapat dos penggalak, tetapi menerima slot dos penggalak menerusi aplikasi MySejahtera agar mengabaikan pautan tersebut.
Hal ini kerana terdapat isu teknikal di mana sistem tersebut telah menghantar pautan janji temu untuk dos penggalak kepada remaja yang berusia 17 tahun dan ke bawah.
Kesempatan itu, KKM berkata mana-mana individu yang telah pun membuat janji temu dos penggalak untuk tanggungan atau untuk dos keempat melalui pautan yang dihantar, pembatalan janji temu boleh dilakukan.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga telah dimaklumkan tentang perkara itu dan mereka akan menolak kehadiran remaja untuk menerima dos penggalak dan juga individu yang hadir untuk dos penggalak kedua atau dos keempat.
Menurut KKM, pasukan teknikal MySejahtera sedang memperbetulkan perkara ini dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul daripada masalah teknikal ini. – AA