spot_img
HomeSemasaLelaki warga emas maut dalam kemalangan

Lelaki warga emas maut dalam kemalangan

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki warga emas maut manakala anaknya terselamat dalam sebuah kemalangan yang berlaku di Kilometer 54 Jalan Klang Teluk Intan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.06 tengah malam disahkan terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan lain mengakibatkan mangsa berusia 66 tahun maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala.

Norazam berkata, anggota mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu Perodua Viva bersama anak lelakinya yang berusia 23 tahun.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki dua beranak yang datang dari Kuala Selongor itu dipercayai terbabas selepas melanggar pembahagi konkrit jalan.

“Kereta tersebut kemudian memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Kancil dari arah Tanjong Karang.” Tambahnya lagi.

Beliau berkata, permukaan jalan lurus dua lorong tersebut berada dalam keadaan kering dan cuaca adalah baik.

Menurut beliau, bagaimanapun pemandu kancil berusia 42 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular