spot_img
HomeSemasaPemberian vaksin kepada rakyat Malaysia semakin meningkat

Pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Merujuk kepada catatan secara keseluruhan, sebanyak 1,293,762 kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi golongan remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,847,758 atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,944,865 atau 94.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 15,595,578 individu atau 66.3 peratus golongan dewasa sudah menerima dos penggalak dan 22,947,925 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,224,065 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 33,034 dos vaksin berjaya diberikan semalam dimana ianya melibatkan 12,567 suntikan pertama, 1,297 suntikan lengkap dan 19,170 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,642,700 dos.

Jumlah kes harian Covid-19 masih mencatatkan jumlah 5 angka dan menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 52 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 11 kes diikuti Johor dan Kedah masing-masing lapan kes serta Pahang dan Perak masing-masing enam kes. Pulau Pinang merekodkan empat kes, Kelantan dan Sabah masing-masing dua kes serta masing-masing satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular