spot_img
HomePolitikMajlis Iftar galakkan keharmonian, kejujuran bersilaturahim dalam masyarakat Kunak

Majlis Iftar galakkan keharmonian, kejujuran bersilaturahim dalam masyarakat Kunak

Kota Kinabalu: Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh Sandhu, semalam, mengadakan sebuah majlis berbuka puasa sekaligus mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada masyarakat di Kunak.

Majlis berbuka puasa berkenaan dilaksanakan bersama-sama ketua- ketua cawangan, ketua – ketua wanita cawangan, ketua-ketua pemuda cawangan, dan ketua-ketua puteri cawangan DUN UMNO Kunak.

“Tidak semestinya perlu berjawatan untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai” jelasnya sekaligus mendedahkan majlis berkenaan berjalan lancar dengan lebih kurang 500 lebih tetamu hadir.

“Tuhan bagi kita rezeki untuk berkongsi dengan yang lain , semakin kita memberi semakin Tuhan berikan lebih juga kepada kita.”

Turut hadir bersama Ketua Pemuda umno Lahad Datu , Ketua Putri umno Lahad Datu dan beberapa AJK Pemuda & Putri , dan saudara Ghazali daripada Tungku Lahad Datu.

Dalam pada itu, Dr Anil Jeet Singh Sandhu berkata, beliau berharap agar masyarakat kita sentiasa disatukan dalam ikatan penuh kasih sayang serta sifat kejujuran dalam bersilaturrahim, walau berbeza perjuangan dan haluan parti sekalipun.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis petang semalam,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular