spot_img
HomeSemasaSistem pembayaran hospital Sabah, ditambah baik

Sistem pembayaran hospital Sabah, ditambah baik

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menambah baik sistem pembayaran bagi semua hospital di negeri ini, termasuk Hospital Semporna dalam masa terdekat.

Pengarah JKNS, Dr Rose Nani Mudin berkata, ini termasuk mewujudkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai seperti penggunaan kad kredit dan debit bagi memudahkan pesakit membuat bayaran rawatan selaras dengan keperluan semasa.

“JKNS prihatin dan sentiasa memastikan hospital di Sabah memberi rawatan terlebih dahulu untuk menyelamatkan nyawa tanpa mengira kerakyatan pesakit, dan merujuk rakyat yang menghadapi kekangan kewangan ke Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas catatan Facebook mengenai seorang ibu tanpa kerakyatan yang terpaksa menjelaskan bayaran tunai berjumlah RM3,953 sebelum dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini.

Jelas beliau, pesakit tersebut adalah bukan warganegara yang bersalin normal pada 24 April lalu, di wad bersalin Hospital Semporna. Walau bagaimanapun, pesakit dibenarkan keluar keesokan harinya.

“Pesakit bukan warganegara masih tertakluk kepada Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 di bawah Akta Yuran 1951. Pesakit itu dikenakan bayaran RM3,953, dan telah membayarnya,” ujarnya. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular