spot_img
HomeSemasaSabah selaraskan SOP, jika perlu – Masidi

Sabah selaraskan SOP, jika perlu – Masidi

KOTA KINABALU: Sekiranya perlu, kerajaan negeri akan membuat pelarasan terhadap SOP COVID-19 walaupun kerajaan pusat telah membuat keputusan melonggarkannya mulai 1 Mei.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata, pelarasan itu akan dibuat dengan mengambil kira keperluan dan keadaan setempat.

Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan pengumuman ini terutama kelonggaran memudahkan kemasukan pelancong asing, serta langkah mempercepatkan pemulihan ekonomi.

“Kami ingin mengekalkan momentum pemulihan bagi membolehkan negeri ini bergerak ke fasa endemik dengan lebih cepat,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Masidi turut mengumumkan Sabah merekodkan 46 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan keadaan di semua daerah kekal stabil dan terkawal.

Tiada daerah di Sabah mencatatkan jangkitan dua angka baharu. Daerah Penampang mencatatkan jangkitan baharu tertinggi hari ini dengan sembilan kes diikuti Kota Kinabalu dengan lapan.

“Sebanyak 45 daripada 46 pesakit baharu berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2,” ujarnya.

Tambah beliau, terdapat kes dalam Kategori 3, dan tiada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5 pada Jumaat. – Borneo Post Online

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular