spot_img
HomeSemasa31 keluarga dipindahkan, lapan sekolah tutup

31 keluarga dipindahkan, lapan sekolah tutup

KOTA KINABALU: 31 keluarga berteduh di tiga pusat pemindahan sementara banjir di Tenom, berikutan hujan lebat berterusan sejak Isnin.

Kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri menyatakan seramai 35 orang daripada 10 keluarga berada di balai raya Jimuin Jimin, 33 orang daripada 13 keluarga di balai raya Pantongan Saga dan 32 orang daripada lapan keluarga di SK Mandalom Lama.

Tiga belas kampung di Tenom telah dilanda banjir iaitu Kampung Kuala Tomani, Kg Kalibatang Lama, Kg Kalamatoi, Kg Barung, Kg Saga Laut, Kg Lalandang, Kg Ponontomon, Kg Labut 1, Kg Pantongan Saga, Kg Tumantalik, Kg Mandalom Lama, Kg Pantongan Sapong dan Kg Kanar.

Lima sekolah turut terjejas iaitu SK Ladang Sapong, SK Inubai, SJKC Pada, SJKC Yuk Syn dan SK Gumisi, manakala Jalan Enubai dan Jalan Lalandang hanya boleh dilalui kenderaan besar. Seterusnya, daerah Beaufort turut menyaksikan 36 buah kampung terjejas akibat banjir.

Sementara itu, simpang ke persimpangan jalan Chan Furniture dilaporkan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan, manakala Jalan Kg Bininik, Jalan Kg Balibata, Jalan Kg Laboi dan Jalan Kg Suasa hanya boleh dilalui kenderaan besar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Mistrine Radin berkata, banjir kilat menyebabkan lapan sekolah di tiga daerah, iaitu Beaufort, Tenom, Penampang ditutup.

“Seramai 2,425 pelajar akan mengikuti pelajaran melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga keadaan selamat untuk mereka kembali ke sekolah,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Jabatan Kerja Raya Sabah, dalam satu kenyataan berasingan berkata, tanah runtuh berlaku di KM36.2 Jalan Tenom Kuala Tomani, Tenom.

“Jalan itu ditutup dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternati, iaitu Jalan Kuala Tomani Marais, Jalan Kalibatang Baru dan Jalan Marais,” katanya. – Borneo Post Online

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular