spot_img
HomeJenayahPetrol seludup dirampas di Kudat

Petrol seludup dirampas di Kudat

KUDAT : Pasukan Polis Marin Kudat telah berjaya merampas sejumlah minyak petrol yang disimpan di tepi sebatang sungai Kampung Mapan- mapan ,Pitas petang tadi.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat berkata hasil risikan daripada maklumat orang awam mendapati kawasan tepi sungai ini menjadi tempat penyimpanan barang kawalan tanpa permit yang sah dan disyaki diseludup ke negara jiran.

“Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan telah menjumpai beberapa tong drum 200 liter yang berisi beberapa liter petrol,” tambahnya.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 3300.00. Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Justeru itu, pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular