spot_img
HomePolitikSambutan Majlis Rumah Terbuka medium rapatkan silaturahim

Sambutan Majlis Rumah Terbuka medium rapatkan silaturahim

Kunak: Rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini antara acara yang paling dinantikan sekaligus sebagai medium mengeratkan silaturahim sesama kita selepas dua tahun berturut-turut ia tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Demikian kata Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh Sandhu merangkap Ketua Penerangan Pemuda UMNO Lahad Datu sempena sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri yang dianjurkan oleh beliau pada jumaat lepas.

Difahamkan lebih seribu masyarakat hadir bersama untuk memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu khas serta pegawai jemputan dari Jabatan-Jabatan di Daerah Kunak.

“Semoga dengan kehadiran anda semua dapat mengeratkan sillaturahim sesama kita setelah lebih kurang 2 tahun tidak bersua” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Anil sempat untuk mewakili YB Datuk Ir Shahhelmy Yahya merangkap Menteri Pembangunan Masyakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang telah memberi sumbangan sebanyak 17 buah Kerusi Roda kepada orang kurang upaya.

Beliau sempat merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dan banyak membantu sepanjang usaha menyempurnakan majlis sambuatan itu.

“Syukur untuk semuanya , Selamat Hari Raya AidilFitri”, tambahnya lagi

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular