spot_img
HomeSemasaKarnival Rakan Seni Budaya, pupuk kesedaran pulihara seni budaya tempatan

Karnival Rakan Seni Budaya, pupuk kesedaran pulihara seni budaya tempatan

Lahad Datu: Majlis Perasmian Karnival Rakan Seni Budaya yang bertempat di dataran Palma Lahad Datu, dengan jayanya dirasmikan semalam.

Ahli Lembaga Pengarah Kebudayaan Negeri Sabah, Zueraida Asdain, mewakili YB Andi Suryady, Pembantu Menteri Belia Dan Skan Negeri Sabah, berkata acara ini bukan sahaja mengetengahkan bakat belia serta penggiat seni budaya malah mampu memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan seni budaya tempatan khususnya.

“Anak muda kita semakin ramai yang terikut-ikut dengan trend dan budaya barat”

“Justeru melalui karnival seumpana ini kita dapat memperkenalkan di samping menyemai minat serta sayangkan kesenian dan kebudayaan mengikut etnik masing-masing” ujarnya dengan menambah, pada masa yang sama, program ini bertujuan bagi mencari bakat baru Lahad Datu Idol bagi tahun 2022 yang julung kalinya diadakan.

Dalam kesempatan itu, Zueraida menzahirkan ucapan terima kasihnya pada persatuan TAKADA I-PEAK dan Persatuan Kg. Look Terusan serta agensi-agensi lain yang terlibat sama kerana bersusah payah dalam menjayakan karnival ini serta sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua inisiatif kerajaan.

Turut hadir bersama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.60 Tungku Tuan Hj Momen, En. Harun Patarasa mewakili PPM Dun Silam, En. Zayanidi Abbas, Pegawai Belia Dan Sukan Persekutuan, En. Mohd Hamzah Zouk mewakili Pegawai Perpaduan Lahad Datu, En. Sabtu Susulan Moris, Pemaju Mukim Tungku serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular