KUNAK: Seramai 100 kanak-kanak menyertai Program Santunan Berkhatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal dan Agama Kunak di Masjid Daerah Kunak, pagi tadi.
Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Anil Jeet Singh merasmikan program itu selaku penaja dan dijangka program itu berlangsung selama dua hari, iaitu hari ini dan esok.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Lahad Datu, berharap program sedemikian boleh meringankan beban dan membantu keluarga yang kurang berkemampuan.
Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat antaranya Persatuan Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM dan Persatuan Islamiah (NGO), Persatuan Mualaf daerah Kunak dalam menjayakan program itu.