spot_img
HomeJenayahLelaki seludup minyak petrol tanpa permit ditahan

Lelaki seludup minyak petrol tanpa permit ditahan

SANDAKAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuah bot yang disyaki membawa barang kawalan minyak petrol tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Sandakan awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan DSP Rusdin Bin Banin berkata Polis Marin telah menahan seorang lelaki dewasa berumur 48 tahun beserta perahu dan memeriksa bot tersebut mendapati terdapat barang kawalan iaitu beberapa Jeriken minyak petrol.

Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya. Nilai rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM6,675.00. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kesempatan itu, Pasukan Polis Marin menyarankan masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular