spot_img
HomePolitikJangan tangguh, batal projek pembangunan infrastruktur di Sabah - Andi Suryady

Jangan tangguh, batal projek pembangunan infrastruktur di Sabah – Andi Suryady

KALABAKAN: Tangguh dan batal projek bantu stabilkan ekonomi negara, itulah yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Mustapa Mohamed yang kini menjadi isu hangat dalam negara khasnya di Sabah.

Pagi tadi, dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah panas dengan pelbagai soalan berkenaan perkara ini. Hal ini kerana, negeri Sabah sangat dahagakan dengan pembangunan infrastruktur, terutamanya naik taraf jalan raya yang tertinggal jauh dari negeri-negeri di semenanjung Malaysia.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, projek pembangunan di borneo perlu diteruskan. Keuntungan industri minyak Sabah dan Sarawak boleh menampung kos pembangunan di kedua-dua negeri ini.

“Teruskan pembangunan bagi menghormati kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963). Isu ini perlu diselesaikan dengan baik di meja rundingan,” katanya.

ADUN N71 Tanjung Batu, Andi Suryady turut bersependapat apa yang dikatakan oleh Datuk Yakub Khan. Jangan disebabkan kekangan kewangan kerajaan persekutuan, pembangunan di Sabah terbantut.

“Perlu diingat negeri Sabah adalah penyumbang kepada ekonomi negara dengan hasil sumber buminya,” jelasnya.

Tambah Andi yang juga Ketua UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, dengan kepesatan pembangunan yang dijalankan oleh negara jiran di Wilayah Kalimantan Indonesia. Pembangunan infrastruktur di Sabah juga harus seiring dengan situasi tersebut.

“Usaha untuk menarik pelabur dari luar negara juga akan terbantut, sekiranya projek-projek pembangunan berimpak tinggi seperti pembinaan jalan raya, naik taraf loji rawatan air dan sebagainya jika ditangguhkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular