KUNAK: Majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 SMK Kunak, berlangsung penuh istiadat dan meriah pada hari ini di Dewan Seri Bestari.
Dato Sri Anil Sandhu, Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang merupakan bekas pelajar SMK Kunak diberi pengiktirafan dijemput menjadi perasmi Majlis Graduasi 2022 pada tahun ini.
Anil yang juga Presiden Hoki Sabah berkata, mengimbau kenangan zaman belajar di SMK Kunak penuh dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
“Buat guru-guru yang telah mengajar saya dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kerana jasa dan didikan kalian berdirinya saya di sini”
“Sebagai alumni SMK Kunak , suatu penghargaan kepada saya, kerana pihak sekolah sudi menjemput sebagai perasmi Majlis Graduasi 2022 pada kali ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Sekolah,” katanya.
Anil, berpesan kepada pelajar, jangan lupa tinggi manapun ilmu yang kalian ada, jangan sombong dan jangan lupakan adab kepada sesiapun terutama kepada ibu dan bapa dan guru. Sentiasalah merendah diri dan teruslah melangkah menuju kejayaan yang bermanfaat buat diri, ibu bapa dan masyarakat.


“Buat adik-adik syabas dan tahniah saya ucapkan atas pencapaian kalian dalam pelajaran, semoga segala usaha kesungguhan kalian dalam menuntut ilmu tidak berhenti sampai di sini saja”
“Teruskan menimba ilmu sampai akhir hayat kalian kerana dalam menimba ilmu itu tiada penghujungnya,” katanya.