spot_img
HomeSemasaRemaja lelaki hilang ditemui mati lemas

Remaja lelaki hilang ditemui mati lemas

KUALA PENYU: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu telah ditemui mati lemas sekitar 7.89 kilometer dari sebuah pusat peranginan di Kampung Kenunok, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak mereka menerima panggilan daripada ketua Kampung Tempurong, yang memaklumkan penemuan satu mayat lelaki.

Mangsa, Edward Owan, 17, telah ditemui penduduk Kampung Tempurong, di kawasan pesisiran Pantai Batu Luang, sekitar jam 9.55 malam.

“Setelah menerima panggilan, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera diarahkan bergegas ke lokasi penemuan.

“Pasukan operasi bertindak mengambil mayat mangsa berkenaan sejurus tiba di lokasi penemuan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat berkenaan disahkan sebagai individu yang dilaporkan hilang selepas proses pengecaman dilakukan di hospital oleh ahli keluargnya.

Sebelumnya, pada 16 Julai lalu, mangsa dilaporkan bersama enam lagi rakannya berada di pusat peranginan kampung berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang ketika mandi di pesisir pantai berkenaan sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh sepasukan bomba.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.56 malam,” katanya. – Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular