spot_img
HomePolitikCalon Parlimen Batu Sapi sudah ada | Demi Sabah

Calon Parlimen Batu Sapi sudah ada | Demi Sabah

SANDAKAN: Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Zantapha Zainal Abidin menyambut baik saranan Presiden UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyarankan setiap bahagian menghantar lima calon diketengahkan dalam PRU-15.

“Syukur alhamdulillah sebelum ini, Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi pernah menghantar tiga nama calon bagi Parlimen Batu Sapi ke Urusetia UMNO Negeri Sabah”

“Namun Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Negeri Sabah semalam, meminta lima nama calon. Justeru itu, Ahli Jawatan Kuasa UMNO Batu Sapi akan bermesyuarat untuk memilih calon yang terbaik,” katanya.

Tambah Zantapha, UMNO Batu Sapi akan meneliti kelima calon dengan sebaiknya dan menepati kehendak rakyat dan akar umbi.

Semalam dalam Mesyuarat Khas UMNO Sabah, Bung Mokhtar berkata, senarai nama perlu diserahkan segera.

“Sama ada individu dicadangkan mempunyai kedudukan dalam bahagian atau sebaliknya yang penting ianya berwibawa, memenuhi kriteria dan boleh diterima oleh rakyat” jelas Bung.

Presiden UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mempengerusi Mesyuarat Khas UMNO Sabah semalam.

Zantapha berkata jentera UMNO Bahagian Batu Sapi telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan tiba pada bila-bila masa.

“Kami siap sedia mematuhi arahan kepimpinan atasan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular