spot_img
HomePolitikKerusi Parlimen Beaufort milik BN dari PRU-11, lawan tetap lawan - Awang...

Kerusi Parlimen Beaufort milik BN dari PRU-11, lawan tetap lawan – Awang Aslee

KOTA KINABALU: UMNO Bahagian Beaufort yakin dapat mempertahankan kerusi P177 Beaufort dalam PRU-15, walaupun penyandangnya beralih parti ke BERSATU.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, kerusi P177 milik UMNO BN, semenjak PRU-11 sehinggalah PRU-14 yang lalu.

“Tetapi sayangnya Datuk Seri Azizah Mohd Dun telah melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),” katanya.

Awang berkata, ahli UMNO Beaufort sudah berlapang dada apa yang terjadi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 yang lalu.

“Namun PRU-15 ini, sifat berlapang dada itu sudah tidak ada dalam kamus penyokong-penyokong UMNO Beaufort”

“Lawan tetap lawan,” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Srikandi BERSATU Sabah yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata akan mempertahankan enam kerusi Parlimen yang disandang wakil rakyat BERSATU pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tambah Awang , dalam PRN Sabah yang ke-16, ahli UMNO di Bahagian Beaufort sudah berlapang dada dan patuh pada keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Dengan memberi laluan kepada Parti PBBM bertanding di kedua-kedua kawasan DUN Klias dan Kuala Penyu.

“Namun kali ini, sifat berlapang dada itu tiada sudah. Lawan tetap kami lawan,” katanya.

Tambah beliau, jentera UMNO telah bersiap sedia untuk mempertahankan P177 Beaufort, kerana kerusi ini milik UMNO Barisan Nasional.

UMNO Beaufort telah menyenaraikan lima nama calon yang akan diserahkan kepada Urusetia UMNO Negeri Sabah.

Awang Aslee berkata calon-calon ini memenuhi kriteria apa yang rakyat mahukan.

“Lawan tetap kami lawan, kerusi Parlimen Beaufort akan kami pertahankan tanpa kompromi,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular