spot_img
HomePolitikJeffery Nor Mohamed calon UMNO, wakili BN Parlimen Putatan - Penganalisis

Jeffery Nor Mohamed calon UMNO, wakili BN Parlimen Putatan – Penganalisis

KOTA KINABALU: Jeffery Nor Mohamed, Ketua Bahagian Putatan akan menerima arahan dan tanggungjawab jika beliau dicalonkan di Parlimen Putatan pada PRU-15, katanya pada demisabah.com semalam.

Jeffery tidak dicalonkan di ketiga ADUN bawah Parlimen Putatan, N.22 Tanjung Aru, N.23 Petagas dan N.24 Tanjung Keramat pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16. lalu.

Pemerhati politik menjangkakan Jeffery Nor akan menjadi calon UMNO mewakili Barisan Nasional di P173 Putatan pada PRU15 yang menjelang tiba.

“Mana-mana ahli politik secara jujurnya teringin menjadi Yang Berkhidmat, membantu rakyat memerlukan dan membangunkan kawasan yang ditandingi,” katanya ketika ditemubual dalam program Sabah Bangkit di facebook demisabah.com.

“Saya seorang yang bekerja siang dan malam tetapi bukan tujuan dicalonkan… hanya keikhlasan bekerja untuk rakyat dan ahli parti… kerana DNA UMNO ini adalah kebajikan”

“Itu kenapa, ahli UMNO tidak boleh dengar rakyat dalam keadaan susah. Jika terima aduan, kami terus membantu dan turun padang,” jelasnya.

Jeffery Nor Mohamed (tengah) bersama jentera PRU15 UMNO Bahagian Putatan.

Tambahnya lagi, kalau ketua dan ahli jawatan kuasa tidak turun padang, ia mencerminkan UMNO Bahagian Putatan tidak memberi respon yang baik soal kebajikan rakyat.

“Seperti Datuk Seri Bung cakap, rezeki tak salah alamat. Jika ada rezeki insyallah, kita akan sama-sama membantu rakyat”

“Bukan untuk diri saya, tetapi ini untuk rakyat dan parti,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular