KUNAK: Ada ura-ura Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu, Dato Sri Dr Anil Sandhu akan bertanding di Parlimen Lahad Datu pada PRU15 nanti.
Namun beliau menjelaskan, itu hanya khabar angin dalam dunia politik.
“Saya bekerja untuk UMNO dan rakyat. Senarai calon biarlah Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Presiden pilih”
“Itu bukan kerja kita, siapa pun calon jangan lupa rakyat menilai,” katanya.
Beliau yang ditemui sewaktu perasmian Sambutan Hari Malaysia peringkat Kampung Lormalong Kunak pada khamis.
Anil yang juga, Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia berkata, PRU15 akan dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja.
“Ahli UMNO dan Barisan Nasional perlu fokus dan bekerja keras untuk merampas semula Parlimen Lahad Datu”
“Saya yakin Datuk Seri Bung pandai menilai dan disenangi rakyat serta boleh membawa kemajuan untuk Sabah, seperti slogan Sabah Maju Jaya.
Tambah beliau, siapapun calon, kita perlu sokong seratus peratus untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional dalam PRU15 nanti.

“Jika tidak tercalon jangan sesekali boikot calon,” jelasnya.
Terdahulu Anil mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur menjayakan Sambutan Hari Malaysia peringkat Kampung Lormalong.
“Satu usaha murni yang mampu menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri sendiri,” katanya.