BEAUFORT: Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat akan mempertahankan jawatan pada pemilihan bahagian kali ini.
Jelas Awang ketika dihubungi DM, beliau mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Beaufort untuk menyambung legasi cemerlang Barisan Nasional memenangi P177 Beaufort pada PRU-15 lalu.
“Kami telah bekerja keras dari 2018 lagi, ketika itu UMNO dan BN kalah teruk pada PRU-14, ramai pemimpin UMNO Beaufort keluar parti pindah ke BERSATU. Saya dengan bersama kawan-kawan yang lain, setia dan membina semula UMNO Beaufort sehingga ke hari ini”
“Hasilnya kami dapat memenangi kerusi P177 Beaufort pada PRU-15, kejayaan manis ini, hasil kerja keras semua ahli UMNO dan BN Beaufort,” katanya.
Jika dilihat pengorbanan politik Awang Aslee untuk UMNO Beaufort sangat besar. Pada ketika kekalahan perit UMNO dan BN pada PRU-14, beliau tetap setia bersama parti keramat UMNO.
Penganalisis politik DM menjangkakan, Awang Aslee dapat mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada pemilihan kali ini.
Dengan kepimpinan, kesetiaan dan pengorbanan beliau menjadi pilihan popular ahli UMNO Beaufort dalam mempertahankan jawatan.
“Awang Aslee, tidak bertanding menjadi ADUN pada PRN Sabah lalu kerana memberi laluan kepada rakan politik ketika itu BERSATU. Pada PRU-15, beliau memberi laluan kepada Datuk Siti Aminah Aching bertanding”
“Bantuan beliau Siti Aminah menang dan menjadi Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi. Kejayaan beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Beaufort harus diberi pengiktirafan dengan kekalkan jawatan beliau” tambahnya.