spot_img
HomePolitikSetiausaha Politik TPM, Jamal Nerubi sah pertahan jawatan KUB Papar | Demi...

Setiausaha Politik TPM, Jamal Nerubi sah pertahan jawatan KUB Papar | Demi Sabah

PAPAR: Datuk Jamal Nerubi sah akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan kali ini.

Beliau yang kini menggalas tugas sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika diberi kepercayaan seluruh ahli, beliau akan meneruskan legasi kepimpinan dalam menjayakan agenda kemajuan UMNO Bahagian Papar.

“Insyallah, saya akan mepertahankan,” jelasnya ketika dihubungi oleh wartawan DM.

Beliau yang kini sibuk dengan Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 mengucapkan, selamat bersidang kepada ahli-ahli cawangan seluruh negara.

Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan peringkat bahagian dan pusat adalah bermula semalam dan ditutup pada jam 5 petang 26 Februari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular