spot_img
HomePolitikKesiapsiagaan awal jentera parti, kunci kemenangan - Jeffery Nor

Kesiapsiagaan awal jentera parti, kunci kemenangan – Jeffery Nor

BEAUFORT: UMNO Sabah telah melancarkan pelbagai program bersama pemimpin akar umbi dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata persiapan awal dalam gerak kerja akan melancarkan kesiapsiagaan dalam menghadapi PRN tanpa menunggu saat-saat akhir.

Beliau yang ditemui dalam Program Libat Urus Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata, perjumpaan sulit ini intipatinya adalah untuk bertemu jentera JUARA bahagian-bahagian bagi melakar strategi baharu untuk menghadapi pilihanraya.

“Persediaan itu merangkumi aturan strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi parti bersama parti-parti komponen BN yang lain,” katanya ketika ditemui media di Dewan Pusat Kegiatan KEMAS Beaufort.

Tambah Jeffery, destinasi pertama Program Libat Urus Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah di Beaufort dan akan ke bahagian UMNO seluruh Sabah.

“InsyaAllah Beaufort akan menjadi kubu kuat UMNO/BN Sabah dan akan menyumbang kerusi pada PRN akan datang,” jelasnya ketika ditanya berkenaan potensi kemenangan UMNO di dua DUN Klias dan Kuala Penyu.

Program Libat Urus Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah di Dewan Pusat Kegiatan KEMAS Beaufort.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Asli Lakat, Musliati Moslimin Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Jaludin Kadir, Setiausaha Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Datuk Fadilah Sabri serta kepimpinan empat peringkat UMNO bahagian.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular