spot_img
HomeDuniaMajikan masih ada, beri gaji bawah RM1000 | Demi Sabah

Majikan masih ada, beri gaji bawah RM1000 | Demi Sabah

KOTA KINABALU: Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan telah dimulai 1 Januari 2023 namun ada lagi majikan yang masih tidak melaksanakan.

Malahan di Sabah, yang paling mendukacitakan ada lagi majikan memberi gaji kepada pekerja dibawah RM1000. Perkara ini harus disiasat oleh pihak berwajib jika isu ini benar-benar berlaku di negeri Sabah khasnya.

Tinjauan dalam laman facebook demisabah.com ramai netizen memberi respon bahawa majikan mereka memberi gaji di bawah seribu ringgit.

Menurut pengguna akaun Siti Aminah, ditempat kerja anak beliau, majikan memberi gaji RM900.

“Ada lagi teruk dri ne.. pernah intrvew satu kompeni thun lepas bulan 9, gaji sehari rm20.. sebulan dpt 600 kalau full harian,” pemilik akaun Joewell Joseph.

Antara komen netizen dilaman facebook Demi Sabah

Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata, perkara ini berlaku disebabkan faktor majikan berorentasikan keuntungan.

“Majikan lebih suka pekerja tanpa KWSP dan Perkeso,” katanya.

Tambah Rosman, tindakan yang salah dan perlu dilapor kepada Jabatan Tenaga Kerja. Menyalahi Ordinan Buruh Sabah bagi Bab 67 serta Kaedah-Kaedah Buruh, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan Perintah Gaji Minimum, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Petikan Utusan Malaysia bertarikh 30 April 2022, ketika itu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menyatakan, penguatkuasaan gaji minimum akan dilaksanakan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Justeru itu, semua majikan diminta mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu ini,” katanya.

Secara logiknya bagaimana seorang individu diberikan gaji dibawah RM1000 pada ketika ini, boleh menyara diri dan keluarga dengan kos sara hidup meningkat.

“Kuatkuasakan undang-undang sedia ada dengan telus dan proaktif. Bekerjesama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain,” kata Datu Rosman ketika dihubungi oleh wartawan demisabah.com.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular