spot_img
HomePolitikPerkara patriotik berkaitan logo dan tema, Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan

Perkara patriotik berkaitan logo dan tema, Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari ingin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berlainan dari kerajaan persekutuan.

“Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan,” katanya.

Ahmad Zahid menyifatkan ia bersifat jumud apabila empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri.

“Ini bukan soal politik, ini soal bendera perayaan (Hari Kebangsaan) dan saya fikir jangan politikkan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 2023 di sini pada Ahad.

Media melaporkan Ahmad Fadhli berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN pada Sabtu iaitu “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.

Pada Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi. – Sinar Harian

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular