spot_img
HomePolitikRamai rakyat Sabah inginkan UMNO/BN, terajui semula kerajaan negeri- Abd Rahman

Ramai rakyat Sabah inginkan UMNO/BN, terajui semula kerajaan negeri- Abd Rahman

SIPITANG: UMNO Bahagian Sipitang menerima borang permohonan kemasukan ahli Umno seramai 20 orang dari Zon Lumadan pada ahad.

Abd Rahman Mohd Noh, Ketua UMNO Bahagian Sipitang berkata, walaupun ada beberapa ahli Umno berpindah ke parti lain, namun atas keyakinan dan kepercayaan kepada parti keramat Umno, hari demi hari semakin ramai yang menghantar permohonan untuk menjadi ahli di Pejabat UMNO Sipitang.

“Insyallah tiada yang mustahil selagi kita berusaha, satu hari nanti parti ini pasti akan mendapat tempat di hati rakyat”

Tambah Abd Rahman, rakyat Sabah pasti masih ingat jasa-jasa UMNO di Sabah. Bermula dengan pembinaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) hinggalah terbina Jalan Pan Borneo.

“Saya masuk ke ceruk kampung mereka masih ingat BRIM dan slogan 1Malaysia. Tiada yang boleh menandingi kecemerlangan UMNO,” katanya.

Menurut beliau, sebilangan besar rakyat Sabah masih menginginkan UMNO menerajui semula pimpinan di Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Sebab mereka yakin hanya dgn hubungan baik UMNO Sabah dgn Kerajaan Persekutuan boleh membawa dana yang besar untuk keperluan pembangunan di Sabah,” katanya ketika dihubungi demisabah.com.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular