spot_img
HomeDuniaKadar kematian tinggi direkodkan di Filipina

Kadar kematian tinggi direkodkan di Filipina

MANILA: Pada tahun 2021, Filipina merupakan negara yang telah merekodkan kadar kematian tertinggi dalam tempoh lebih enam dekad dan catatan rekod kes kematian tersebut adalah berpunca daripada penyakit jantung dan kes COVID-19.

Filipina yang mempunyai penduduk seramai 110 juta orang merekodkan lebih 768,500 kematian dalam bulan Januari sehingga pertengahan November 2021 dan catatan ini dipercayai meningkat sebanyak 25 peratus berbanding 2020.

Pada tahun 2019 dan 2020, kadar kematian direkodkan dengan jumlah yang hampir sama. Menjelang akhir 2021 pula, kadar kematian turut dilaporkan meningkat dari tahun sebelumnya dan ia merupakan sejarah dimana rakyat terpaksa menyaksikan angka tertinggi kes kematian dalam setahun.

Kali terakhir Filipina merekodkan kadar kematian tertinggi adalah antara tahun 1958 dan 1959 dan kini rekod itu berulang yang mengundang kebimbangan banyak pihak.

Punca utama kes kematian di negara itu adalah disebabkan penyakit jantung koronari yang juga disusuli kes COVID-19 yang kian melonjak saban hari.

Catatan kematian daripada kes COVID-19 adalah sebanyak 110,332 kematian setakat Oktober 2021. Dr Perez berkata, terdapat dua jenis COVID-19 yang menjejaskan negara iaitu COVID-19 ‘dikenalpasti’ dengan kes disahkan melalui ujian saringan RT-PCR dan COVID-19 ‘tak dikenalpasti’ menerusi penemuan klinik yang mengesan penyakit itu tetapi tanpa ujian pengesahan sehingga mati.

Dalam situasi tersebut, Dr Perez menjelaskan COVID-19 dianggap sebagai punca kematian berdasarkan kaedah yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melaporkan penyakit itu.

Kadar kematian yang dilihat semakin meningkat di negara itu menunjukkan sistem kesihatan turut terkesan teruk akibat pandemik itu.

“Hospital juga terpaksa menanggung beban berat untuk mengendalikan kes COVID-19 sehingga membawa penangguhan prosedur diagnosis dan rawatan penyakit lain.” katanya.

Cabaran yang diterima telah menjejaskan sistem kesihatan Filipina dan ia merupakan situasi tidak pernah berlaku sebelum ini. Daripada catatan kes kematian setakat ini, diharapkan agar sistem kesihatan terus ditambahbaik dengan pelaburan tambahan dalam kapasiti sistem kesihatan agar mampu bertahan untuk bertindak balas terhadap krisis yang akan berlaku pada masa mendatang.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular