spot_img
HomeSemasaInstitusi pendidikan berdaftar dengan KPM di Sabah terus ditutup sehingga 9 Nov

Institusi pendidikan berdaftar dengan KPM di Sabah terus ditutup sehingga 9 Nov

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah akan terus ditutup sehingga 9 Nov ini.

KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam, berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah dari 27 Okt hingga 9 Nov.

Menurut kenyataan itu, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, manakala manual pengajaran dan pembelajaran boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my.

PKPB di Sabah yang bermula 13 Okt sepatutnya tamat esok.

-bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular