TAWAU: Lebih 700 buah rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebaran di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas, kelmarin.
Menurut Ketua Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Tawau, Syukur Hatta, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian kebakaran itu sekitar pukul 4.40 petang, sebelum mengerahkan pasukannya ke lokasi kejadian.
“Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 9 malam,” katanya.
Operasi pemadaman turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan penduduk kampung.

Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan terbabit, sebelum operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.40 malam.
Tambah beliau, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih belum dikenal pasti.
Sementara itu, beliau mencadangkan satu pasukan bomba komuniti diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada penduduk kampung dalam menghadapi situasi kebakaran. – BERNAMA


